s a b a h p a r k s

Tender

Sabah Parks Development - Tender Section


TENDER

Please be inform that this tender content is in BM language. For any further inquiries, please contact us through our contact page.

KENYATAAN TENDER


1. Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang mempunyai Lesen Perniagaan yang sah dan berdaftar dengan Pusat Pendaftaran Kontraktor Kerja. Bekalan dan Perkhidmatan Negeri Saba (PUKONSA) bagi Sebutharga berikut:

Bil Nombor Sebutharga Perkara
1. 27/2023 Sewaan Tapak Barbeku Di Pulau Sapi, Taman Tunku Abdul Rahman
2. 28/2023 Sewaan Tapak Barbeku Di Pulau Mamutik, Taman Tunku Abdul Rahman
3. 29/2023 Sewaan Tapak Barbeku Di Pulau Manukan, Taman Tunku Abdul Rahman
4. 30/2023 Sewaan Tapak Barbeku Di Padang Point, Pulau Gaya, Taman Tunku Abdul Rahman

2. Naskah Meja Tawaran akan dipamerkan bermula 15 Mei 2023 semasa waktu pejabat di Ibu Pejabat, Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Lot 46, Ground Floor, Block H Signature Office, KK Times Square, Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu.

3. Dokumen Sebutharga akan dikeluarkan bermula 15 Mei 2023 mengikut waktu pejabat seperti di perenggan 2 di atas sehingga 26 Mei 2023. Dokumen Sebutharga TIDAK akan dikeluarkan selepas tempoh ini.

4. Dokumen Sebutharga yang telah diisi dengan lengkap (MESTI disertakan bersama dengan salinan Sijil PUKONSA, Lesen Perniagaan serta dokumen lain berkaitan yang sah) hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang BERLAKRI dan ditanda pada bahagian atas sampul surat tersebut dengan butir-butir Tajuk Sebutharga dan Nombor Sebutharga dan dialamatkan kepada :-


Pengarah
Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah
Lot 46, Groud Floor, Block H Signature Office,
KK Times Square, Coastal Highway, 88100 Kota Kinabalu,
88806 KOTA KINABALU, SABAH, MALAYSIA


5. Dokumen Sebutharga hendaklah dihantar dengan tangan dan dimasukkan terus ke dalam PETI TAWARAN Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah yang telah disediakan atau dihantar melalui pos sebelum jam 10.00 pagi pada 26 Mei 2023.

6. Dokumen Sebutharga yang lewat diterima pada waktu yang ditetapkan di atas tidak akan diberikan pertimbangan.

7. Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah tidak akan terikat menerima tawaran sebutharga terendah atau memberi apa-apa sebab sesuatu tawaran itu ditolak. Semua borang sebutharga serta dokumen sokongannya tidak akan dikembalikan.


A