SIARAN AKHBAR

SEMINAR JULAI
[ 20-21 Julai 2009, Taman Bukit Tawau ]

Siaran Akhbar :
Seminar Julai 2009 kali kedua dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan dengan Unit Pembangunan Sumber Manusia, Taman-Taman Sabah bertemakan "Maklumat Saintifik Pemangkin Pemulihara Taman" pada 20 hingga 21 Julai 2009 bertempat di Taman Bukit Tawau.

Tema ini dipilih adalah sebagai satu kaedah penyaluran dan perkongsian data melalui perkongsian pintar. Kertas kerja pembentangan adalah meliputi kompilasi data yang terkumpul melalui siri inventori sehingga terkini dan juga hasil-hasil penyelidikan yang berbentuk penyelidikan individu/kumpulan ataupun penyelidikan gunaan.

Seminar ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Paul Basintal, Pengarah Taman-Taman Sabah dan para pembentang kertas-kertas seminar adalah terdiri daripada Pengurus-Pengurus Taman dan para Pegawai Penyelidik Taman-Taman Sabah. Penutupan seminar dengan rasminya oleh Dr. Jamili Nais, Timbalan Pengarah, Taman-Taman Sabah.

Antara objektif Seminar Julai adalah sebagai forum perkongsian, penyaluran dan terjemahan maklumat saintifik disampaikan kepada kakitangan Taman, sebagai platform kepada penyelidik-penyelidik Taman untuk membentangkan dan menterjemahkan hasil penyelidikan mereka di preingkat dalaman, untuk membuka ruang kepada pihak pengurusan Taman mengetahui hasil-hasil penyelidikan yang dilakukan oleh Kumpulan Penyelidik Taman. Melaluinya ruang perbincangan terbuka kepada pihak pengurusan taman tentang isu atau keperluan yangboleh dilaksanakan melalui penyelidikan dan bagi membentuk jaringan dan memupuk hubungan kerjasama yang lebih erat anatar kelompok penyelidikan daratan, marin dan pihak pengurusan.

Pihak taman juga berharap agar latihan seumpama ini akan dapat melahirkan lebih ramai ahli penyelidik Taman yang berkemampuan untuk membentangkan hasil penyelidikan mereka ke peringkat antarabangsa.


( Sumber: Bahagian Perhubungan Awam, Taman-Taman Sabah )

back